hari ini sungguh menakutkan.
pergi ke jj n econsave bersama sakinah beli barang2.
alhamdullilah. SELAMAT.
next destination carrefour.
bajet nak masuk parking bumbung.
sebab workers carrefour di haramkan otherwise keana clamp. melayang ringgit malaysia 1 ratus.
insane rules ini bagi kemudahan para pelanggan especially macam saya.
masuk parking. tapi x muat. bawak myvi rase cm bawak trailer angkut kereta.
sebelah parking tu, ada tiang sebesar pemeluk si badang.
tak sedar sebelah ada tiang kerana terlalu asyik memerhatikan keadaan kereta di sebelah semasa
percubaan memasukkan kereta ke petak parking.
suddenly
CRACK!~~~
orang keliling menjerit ketakutan.
sakinah juga.
saya semakin cemas.
side mirror belah kiri lesap.
malu sungguh menjadi perhatian awam.
para pembeli sanggup pause kan langkahan mereka demi melihat saya
yang tah apa2 and tah macam mana boleh lepas jpj ni.
abang car wash dan pelanggan mereka juga tersenyum sinis.
oh bagaimana ini?
2 orang abang car wash yang baik hati datang dan membantu.
memberi direction supaya keretaku yang di rasakan besar ini fit ke dalam petak parking,
huh~~ lega.
second probs.malu nak keluar sebab orang di luar sedang menunggu sambil
menghamparkan red carpet menunggu si driver myvi terbabit keluar.
saya x sanggup.malu.di usha bagai binatang ternama.
keluar juga.sakinah membantu. menutup mukaku dengan tapak tgn beliau.
agar menjaga maruah ku.
berlari anak ke dalam carrefour bangi menghindari perhatian papa paparazi.
shopping dengan rasa gusar. fisrt time rasa ini timbul.
cool blog di beli bagi menenangkan butterfly dalam stomach.
ke parking. ke kereta.
again. menjadi perhatian awam.
seperti yang di jangka. mereka menunggu aksi ku yang seterusnya.
malu. panggil abang yang baik hati.
maka beliau la yang meneruskan aksi berbahaya tadi.
simple je. x sampai 1 min pun dia bole buat.
malu. ucap terima kasih. masuk kereta dengan pantas dan memecut perlahan keluar carrefour.
namun...
masih menerima senyuman dan jelingan awam. :(
again. nak masuk parking rumah. get a sweet collision dengan gate.
calar yang dalam
bagi myvi yang berusia kurang 1 bulan.
terketar2 keluar.
mennungu abah pulang malam ini.
abah mintak ampun....kakak dah conteng arang di kereta abah....
conclusion : * sesiapa tolongla ajar saya masuk parking.
* saya tak suka bawak kereta.
No comments:
Post a Comment
spell it out